Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 8, 2013

No Comment

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, David Moyes hari ini menolak spekulasi bahawa penyerang Belanda, Robin van Persie tidak lagi selesa dan gembira berada di Old Trafford selepas kekalahan mengejut 1-0 ke atas Newcastle United.

Juara bertahan itu kini kalah lima perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, iaitu jumlah kekalahan yang sama pada dua musim lalu.

Van Persie diturunkan Moyes pada pertemuan dengan Newcastle malam tadi selepas lebih sebulan tidak beraksi kerana dilanda kecederaan.

Bekas pemain Liverpool yang kini pengulas sukan, Mark Lawrenson mendakwa bahawa Persie kemungkinan menghantar permohonan untuk perpindahan.

Namun Moyes mempertahankan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan penyerang itu dan menyifatkan dakwaan itu tidak benar.

“Ia sesuatu yang tidak masuk akal. Saya tidak tahu perkataan yang lebih kuat untuk menyatakannnya namun ia tidak benar sama sekali,” katanya. – AFP

0 comments:

Post a Comment