Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 30, 2014

No Comment

Usaha pihak tertentu mendapatkan sokongan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia sebagai satu hasutan kerana bertentangan dengan Perlembagaan negeri dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang kini berada di Sabah berkata hasutan tersebut tidak boleh dibiarkan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka.

“Perbuatan ini boleh menjejaskan semangat kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri, selain mengancam perpaduan sedia ada.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya ketika merasmikan Festival Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang, Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Sipitang yang juga Pengerusi Penganjur GATA Sipitang 2014, Datuk Sapawi Ahmad.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan pernah meluahkan kekesalan yang sama berkaitan hasutan menggunakan media sosial bertujuan membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Menurutnya, perbuatan membuat kenyataan yang mempunyai elemen berbau hasutan sedemikian amat berbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara serta perlu dibanteras segera sebelum menjadi lebih serius.

“Sejak kebelakangan ini, saya dapati banyak ‘posting’ di Facebook yang agak keterlaluan, yang boleh dianggap sebagai kegiatan subversif atau melanggar Akta Hasutan, terutama yang ada kaitan dengan perbuatan membakar semangat atau mengajak rakyat untuk mengeluarkan Sabah daripada Malaysia atau Persekutuan.

“Kita kena ingat bahawa sejarah sudah terpahat bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan kita terdahulu dan saya kira tidak betul dan tidak harus ia dirungkai semula sehingga menyebabkan kita berpecah,” katanya.

Abdul Rahman berkata masa depan Sabah ialah dalam Malaysia dan pihak yang mempunyai masalah harus mennyelesaikannya mengikut saluran undang-undang, bukan memilih jalan menghasut rakyat kerana tindakan sedemikian tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Beliau berkata semua pihak harus menerima hakikat majoriti rakyat Sabah masih menyokong BN untuk menerajui kerajaan dan menganggap mereka yang cuba mengeruhkan suasana aman yang dinikmati penduduk Malaysia berbilang kaum, etnik dan agama di negeri ini adalah mereka yang kecewa dalam pilihan raya.

Katanya, pihak yang memilih untuk berbuat demikian adalah tidak rasional serta kurang bijak mencari penyelesaian masalah sedangkan ruang perbincangan dan rundingan sentiasa terbuka sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.

0 comments:

Post a Comment