Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Polis menahan 154 anggota Pasukan Peronda  Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi ini di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

“Polis mula mengambil tindakan (menahan) terhadap anggota PPS selepas mereka tetap menjalankan aktiviti sedangkan sebelum ini saya telah beri amaran. Pertubuhan itu telah diharamkan dan semua aktiviti perlu dihentikan segera.

“Mereka degil (jalankan aktiviti) dan seperti sengaja nak cabar undang-undang negara serta gertak polis supaya ambil tindakan jika (polis)
berani. Kita ambil tindakan kerana mereka salah, ini (tindakan PPS teruskan aktiviti) memang perbuatan gengster,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Selasa lepas, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai  pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Khalid berkata sepatutnya PPS menggantung semua aktivi dan menulis surat kepada ROS untuk minta penjelasan serta menggunakan saluran undang-undang yang ada dan bukan meneruskan aktiviti seperti hari ini.

Katanya polis bertindak mengikut undang-undang dan akan menjalankan siasatan serta merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

“Dalam tempoh 24 jam ini memang mereka tidak dibenarkan bertemu sesiapa termasuk peguam kerana polis sedang menjalankan siasatan dan kita bimbang ia akan menganggu siasatan, jadi kepada barisan peguam anggota PPS yang tidak berpuas hati itu (tidak dibenarkan bertemu anggota PPS yang ditahan) saya minta mereka rujuk semula buku undang-undang.

“Jika polis tidak dapat selesaikan siasatan dalam tempoh 24 jam ini, kemungkinan kami akan meminta perintah reman terhadap mereka yang ditahan itu daripada mahkamah pagi esok untuk melengkapkan siasatan, semasa dalam tahanan reman itu peguam boleh bertemu anak guam mereka,” katanya.

Beliau turut meminta pemimpin PPS termasuk anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang mempunyai kaitan dengan pasukan itu agar tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siastaan kes berkenaan.

“Kalau mereka tidak datang (di mana-mana balai polis), polis akan pergi ke rumah mereka dan cari mereka untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sekumpulan peguam terdiri daripada Ramkarpal Singh, R.S.N Rayer, Cheah Ka Peng dan Soon Lip Chee yang ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menyatakan kesediaan mereka untuk mewakili kesemua 154 anggota PPS  yang ditahan pagi ini.

“Kami ada 10 orang peguam untuk membantu mereka (anggota PPS), kami juga sedih dengan kejadian yang berlaku hari ini,” kata Rayer.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi sebarang pertuduhan polis berhubung kesahihan PPS Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab penuh mengenai PPS dan kami akan menghormati undang-undang sekiranya mahkamah yang membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas melawat 154 anggota PPS yang ditahan polis di sini.

Lim berkata beliau telah mengarahkan supaya segala aktiviti PPS negeri ditangguhkan untuk hari ini.

“Kita akan mengadakan satu mesyuarat bersama peguam-peguam kerajaan negeri mengenai PSS dan pengumuman mengenai langkah selanjutnya akan diumumkan esok,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment