Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 30, 2014

No Comment

SEREMBAN – Jentera pilihan raya MCA kini bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor 25 September ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA telah membentuk jawatankuasa untuk menyelaraskan gerak kerja jentera parti.

“Di peringkat pusat, saya telah mengarahkan timbalan saya Datuk Dr. Wee Ka Siong untuk menerajui jawatankuasa tersebut, manakala di peringkat negeri, jawatankuasa itu diketuai Naib Presiden MCA Datuk Dr. Hou Kok Chung.

Wee telah pun melawat kawasan itu semalam dan MCA akan mengadakan lebih banyak lagi program untuk mendampingi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen MCA Negeri Sembilan di sini, Sabtu.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata terdapat lebih 200 pengundi kaum Cina di sana selain daripada kira-kira 2,000 pengundi bukan Melayu yang terdiri daripada masyarakat Siam.

“Saya berharap rakyat di DUN Pengkalan Kubor dapat bersama-sama dengan kerajaan dalam masa ini untuk kita meningkatkan lagi kekuatan negara kita dalam fasa transformasi negara,” kata Liow

Kerajaan memerlukan sokongan rakyat untuk menghadapi transformasi, mencapai status negara maju menjelang 2020 yang hanya tinggal enam tahun sahaja lagi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 25 Sept manakala penamaan calon pada 13 Sept ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment