Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Golongan remaja di negara ini dinasihat tidak ‘menghiasi’ Hari Kemerdekaan negara dengan perbuatan negatif dan tidak bermoral yang boleh mencalar imej negara.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ada golongan yang menganggap Hari Kemerdekaan setiap tahun sebagai hari cuti untuk beriadah dan bergembira sehingga melupakan maksud sebenar di sebalik cuti umum itu.

“Ramai yang berkumpul, bergembira, bersorak, namun ramai antara mereka tidak pun memahami apakah erti Hari Kemerdekaan yang sebenarnya.

Lebih menyedihkan ada yang menggunakan hari cuti kemerdekaan dan sambutan ambang merdeka untuk melakukan gejala negatif dan perbuatan tidak senonoh, yang tidak selari dengan prinsip kemerdekaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata golongan remaja seharusnya menghormati Hari Kemerdekaan negara sebagai hari penuh bersejarah, yang telah mencorak keamanan kepada semua rakyat sehingga kini.

“Walaupun mereka (remaja) mungkin tidak dapat menyelami sepenuhnya perit jerih pemimpin terdahulu memerdekakan negara, namun hargailah keamanan yang dikecapi ini dan berusahalah untuk tidak mencemari imej negara dengan perkara negatif,” katanya.

Pandangan itu turut disokong Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang berkata, golongan remaja perlu memanfaatkan Hari Kemerdekaan dengan sebaiknya kerana bukan mudah untuk membina keamanan negara selama 57 tahun.

“Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan untuk sambutan kemerdekaan yang penuh bersejarah. Justeru sebagai generasi muda, hargailah kemerdekaan dan hiasi peribadi dengan tingkah laku yang positif yang boleh mencerminkan kecantikan Malaysia di mata dunia,” katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang berkata golongan muda khususnya belia harus bersifat matang dalam menyambut kemerdekaan.

Katanya, tindakan berhibur berlebihan pada sambutan kemerdekaan tidak akan memberi sebarang manfaat kepada negara malah ia jelas memperlihatkan lemahnya jati diri dan nilai ketamadunan seseorang warganegara. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment