Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 30, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN)perlu dipertingkatkan bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan, 25 Sept ini walaupun kerusi DUN itu dilihat sebagai kubu kuat BN.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata usaha untuk mengekalkan kerusi itu di tangan BN tidak harus dipandang mudah sungguhpun penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggalkan rekod yang baik sepanjang berkhidmat di kawasan berkenaan.

“Insya-Allah, saya yakin berbekalkan perpaduan dan kesatuan di kalangan ahli Umno, kita dapat mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung dekat sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 Sept manakala hari penamaan calon pada 13 Sept.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Mengenai sambutan Hari Kemerdekaan esok, Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata rakyat tidak mengira kaum serta agama perlu menyumbang dan memainkan peranan masing-masing dalam memajukan negara.

“Bukan setakat pembangunan fizikal, malah perpaduan perlu ditingkatkan bagi melahirkan sebuah negara yang stabil. Kalau rakyat berbalah, banyak keburukan dan kemunduran akan berlaku.

“Contohnya China, dulu merupakan sebuah negara yang miskin, namun hasil kesatuan rakyatnya, ia telah menjadi satu kuasa ekonomi yang besar di dunia,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment