Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 30, 2014

No Comment

Tabung Haji (TH) menerima sebanyak 70,000 rayuan seluruh negara daripada bakal jemaah untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada tahun ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, kira-kira 23,000 permohonan telah diluluskan.

“Sekarang ini kita sedang dalam proses menghantar kira-kira 23,000 jemaah ini dan selepas selesai semua urusan, insya-Allah kita akan kaji dan lihat balik kelayakan untuk menunaikan haji

“Ini kerana sekarang ini, kalau daftar tahun ini, kena tunggu 60 tahun lagi baru boleh pergi haji sebab ramai lagi yang telah mendaftar,” kata Abdul Azeez pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Setiu, Sabtu.

Beliau berkata:”Mungkin selepas ini kita akan lihat balik syarat untuk pergi haji untuk kali kedua. Mungkin mereka perlu tunggu lagi 10 tahun bukannya lima tahun macam sekarang,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Ketua UMNO Bahagian Setiu, Mat Jidin Shafee merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Ketua Pemuda Bahagian, Iskandar Jaafar, Ketua Pergerakan Wanita Setiu, Wan Nasiah Wan Majid dan Ketua Pergerakan Puteri, Nur Fuzilawati Mohd Yusof.

Abdul Azeez berkata TH akan melihat faktor umur dan kesihatan pemohon dengan mengutamakan individu lebih berusia berbanding mereka yang masih muda.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata beliau menyambut baik cadangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, melalui Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), yang menetapkan harga penunjuk aras bagi pakej umrah sebanyak RM4,900 berkuat kuasa serta-merta Khamis lepas.

“Idea untuk menyelaras dan meminimumkan harga pakej umrah memang satu inisiatif yang baik bagi mengelak berlaku kes penipuan dan saya menyokong tindakan ini sebab ia juga memudahkan orang ramai,” katanya.

MKSU, yang dipengerusikan Mohamed Nazri, ditubuh bagi menangani isu penipuan pakej umrah dan dianggotai 13 orang termasuk daripada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Polis Diraja Malaysia.

Kes terbaru penipuan pakej umrah membabitkan 121 jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Madinah pada 1 Jun lepas setelah berlepas ke Makkah pada 21 Mei.

Dalam perkembangan lain, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) itu, yang mengetuai misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza berkata sejumlah 100 orang kanak-kanak dari Gaza, Palestin akan dibawa ke negara ini untuk menerima rawatan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

“Kita akan bawa masuk mereka untuk mendapatkan rawatan yang mana mereka ini telah dibedil, ada yang sudah tiada kaki, tiada tangan dan kita akan beri mereka rawatan dan kita akan gunakan duit sumbangan orang ramai untuk membantu mereka.

“Sekarang ini kita dalam proses persiapan dan perundingan manakala Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari sedang mengusahakan hal ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telahpun bersetuju untuk kita bawa balik kanak-kanak ini,” katanya.

Pada majlis itu, UMNO Bahagian Setiu menyerahkan RM7,3515.25 untuk Tabung Gaza Palestin. –BERNAMA

0 comments:

Post a Comment