Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment

Desas-desus rumah tangga pelakon Sabrina Ali dan suaminya Syed Amirul Syed Ahmad retak menanti belah sudah lama berkompang dan beberapa bulan lalu timbul dakwaan mahligai dibina sebenarnya bernoktah.

Bagaimanapun, ibu kepada Ariyana, 7, Syed Aryan Khan, 3, dan Syed Adrian Khan, 18 bulan, ini tidak pernah membuka mulut apabila diasak pertanyaan mengenai perkara itu.

Sikapnya membuat–kan ramai terus berteka-teki sejauh mana kebenaran khabar angin itu. Namun baru-baru ini, buat kali pertama bintang filem Khurafat ini sedia berkongsi apa yang tersimpan kemas selama ini.

Meskipun sekadar ‘permukaan’, ia cukup untuk menjawab persoalan selama ini. Di sebalik senyuman, ada duka cuba disembunyi.

Sepanjang temubual, dia tenang menyusun bicara. Sesekali kesedihan yang bersarang di tangkai hati gagal disorok dan turut terserlah di matanya yang berkaca.

“Tidak banyak yang boleh saya kongsi kerana ia terlalu peribadi. Banyak hati perlu dijaga, tersilap kata, pasti ada yang terguris.

“Saya pun tak tahu di mana kedudukan saya (menghela nafas panjang). Sukar untuk jelaskan. Cuma sekarang saya tidak harap–kan apa-apa lagi. Andai jodoh kami panjang, semua akan kembali okay dan jika tertulis sebaliknya, saya reda,” katanya.

Sebagai isteri dan ibu, dia berusaha sehabis daya menyelamatkan rumah tangga dibina empat tahun lalu. Ini perkahwinan kedua Sabrina. Pelbagai ikhtiar dilakukan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Katanya, walau lelah, dia tidak pernah berhenti berdoa semoga kemelut ini segera berakhir. Bukan dalam soal jodoh saja, dalam segala aspek kehidupan juga kena usaha dan ikhtiar.

“Saya sedar kalau bukan rezeki kita, nak buat macam mana. Saya wanita, kuasa dan keputusan di tangan dia (suami). Bohonglah kalau saya cakap tak sedih. Dugaan ini terlalu berat, tetapi saya kena kuat demi anak.

“Lagipun, saya percaya Tuhan hanya bagi ujian pada mereka yang mampu hadapi. Ada dugaan bermakna Allah sayang kita, Dia tidak mahu kita leka. Selepas apa yang berlaku, saya makin kuat dan lebih dekat dengan-Nya.

“Saban hari saya cuba perbaiki diri dan kehidupan. Saya dah lalui macam-macam dugaan sebelum ini dan anggap apa yang berlaku itu ada sebab dan hikmah,” katanya.

Kata Sabrina, dia perlu kembali mencari rezeki demi membesarkan tiga cahaya mata. Justeru, dia nekad aktif berlakon dan harap diberi peluang untuk muncul di layar kaca dan lebar.

“Saya tidak boleh lagi berpeluk tubuh kerana anak perlu didahulukan. Sebelum ini saya ada muncul di TV tetapi sesekali saja. Kali terakhir menerusi drama rantaian Kifarah.

“Soal watak saya tidak kisah, selagi bersesuaian, saya terima. Saya pernah jayakan macam-macam watak, termasuk antagonis dan komedi. Malah, orang tahu saya suka watak pelik dan mengarut, itu kelebihan saya.

“Jadi, kecil atau besar watak saya tidak kisah kerana yang penting, penonton ingat,” katanya.

Mengenai watak ibu, Sabrina, 32, menegaskan, dia tidak ada masalah melakonkan karakter itu, namun biar kena pada tempatnya dan tampak realistik.

“Perkara ini sering diabai segelintir produksi. Maaf andai ada yang tersinggung tapi jika mahu yakinkan penonton, watak dibawa kena realistik.

“Sebelum ini saya pernah bawa watak ibu kepada pelakon yang usianya lebih kurang saya, tetapi saya disolek tua supaya nampak realisitik.

“Saya okay dan tak ada masalah, tetapi tak logiklah kalau nak saya tampil seperti sekarang dan watak anak pula dilakonkan pelakon usia 20-an. Nampak seperti adik kakak, bukan ibu anak seperti dimahukan skrip.

“Jika ada tawaran ibu dan apa yang dipersembahkan itu logik, saya pasti terima. Misalnya jika anak saya menuntut di sekolah rendah, kenapa pula nak tolak, sedangkan saya ada anak usia tujuh tahun.

“Kalau watak anak usia 12 tahun, okay saja dan tak ada apa yang perlu dipertikai kerana normal wanita berkahwin pada usia 18 tahun ke atas,” katanya. - myMetro online

0 comments:

Post a Comment