Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014


Ragut boleh dikatakan sejenis jenayah yang hampir setiap hari berlaku. Jika si peragut terlepas, nasib baiklah dia. Tapi jika ditangkap, habislah kena belasah dek orang ramai.

Baru-baru ini, di Batu 3 1/2, Jalan Sungai Besi salah seorang dari tiga peragut berjaya ditangkap kerana cuba mencuri rantai emas seorang wanita.

Dilaporkan mereka berpura-pura bertanya jalan kepada mangsa yang membonceng basikal sebelum membuat perbuatan jenayah berkenaan.Kemudian, dua orang lelaki muncul dari belakang lalu merentap rantai emas mangsa.

Lebih kejam, setelah meragut wanita berkenaan, peragut tersebut menendang motosikal yang dibonceng oleh mangsa.

Nasib baik tidak mati kena belasah. Ini patut menjadi pengajaran kepada peragut-peragut di luar sana. Kalau nak meragut, tengok dulu apa akibatnya kalau dah kena tangkap - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment