Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment


KUCHING: Pasukan Ngap Sayot mengucapkan selamat tinggal Piala Malaysia 2014 setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Perak pada aksi di Stadium Negeri, di sini malam tadi.

Gol Sarawak dijaringkan oleh Hairol Mokhtar pada minit ke-60 menerusi tandukan padu setelah menerima bola dari arah sudut untuk mengecewakan penjaga gol Perak.

Meskipun kehilangan beberapa pemain tonggak, Sarawak bermain dengan baik pada perlawanan malam tadi apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Perak.

Peluang Sarawak menghasilkan jaringan terhidang pada minit ke-19 apabila bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal melakukan percubaan cantik di depan gawang Perak namun bola melambung tinggi.

Bagaimanapun, pasukan pelawat lebih banyak melakukan asakan pada penghujung babak pertama meskipun beberapa serangan mampu dipatahkan jentera pertahanan Sarawak.

Sarawak juga hampir-hampir memperolehi jaringan pada minit terakhir menerusi Ashri Chuchu namun bola rembatannya terkena palang gol Perak.

Berakhir babak pertama, kedudukan kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Dengan sokongan padu hampir 10,000 penyokong setianya, pasukan Ngap Sayot bertindak garang pada babak kedua dengan melancarkan serangan demi serangan bagi memburu jaringan.

Bagaimanapun, jaringan yang dicari-cari Sarawak akhirnya menjelma juga pada minit ke-60 hasil tandukan cantik Hairol Mokhtar setelah menerima umpanan rakan dari arah sudut.

Kedudukan 1-0 menyaksikan pasukan pelawat enggan menyerah kalah dengan serangan kilat dilakukan menerusi rangkaian penyerangnya, justeru minit ke-75 pemain importnya, Marco Tulio berjaya meledakkan gol penyamaan.

Dengan hanya mengutip satu mata perlawanan malam tadi, skuad Ngap Sayot kini kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan B dengan memunggut empat mata.

Sarawak akan menamatkan sisa perjuangan kempen Piala Malaysia musim ini dengan berkunjung ke Kuala Terengganu, Rabu ini. - TheBorneoPost

0 comments:

Post a Comment