Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Semangat patriotisme tinggi bagi merayakan ulang tahun kemerdekaan ke-57 membuatkan Atikah Abd Kader, 42, dari Kampung Lubok Labi, Kuala Nerang  sanggup menempuh perjalanan hampir satu jam untuk turut sama menyambut kemerdekaan di Dataran  Tunku di sini hari ini.

Atikah berkata semangat membara untuk turut sama meraikan kemerdekaan semakin berkobar-kobar kerana tahun ini dia menyediakan ‘Baju Kurung Merdeka’ buat anaknya, Sofia Huriah Salehudin, yang dilahirkan sebagai ‘Anak Merdeka’ untuk menyambut hari kelahirannya yang ke-10.

“Anak akak lahir pada 31 Ogos jadi setiap tahun akak akan bawa Sofia dan anak-anak yang lain untuk datang menyambut kemerdekaan di dataran. Tapi tahun ini lebih bermakna kerana akak sediakan baju kurung berserta tudung yang diperbuat daripada bendera Malaysia untuknya sebagai hadiah hari lahirnya.

“Tahun ini akak merancang untuk sediakan baju Merdeka kepada semua ahli keluarga tetapi memandangkan harga bendera yang mahal akak hanya mampu tempah baju lengkap untuk Sofia dan baju kurung buat akak. Mungkin tahun hadapan kami lapan beranak akan pakai baju Merdeka yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari.

Beliau berkata sejak tahun lepas lagi dia telah menempah baju kurung Merdeka itu dari adiknya yang duduk berhampiran rumahnya dan untuk menyiapkan baju itu sebanyak lima bendera besar Malaysia digunakan dengan kos anggaran kurang daripada RM100.

“Ada kawan-kawan akak yang ketawakan idea akak untuk memakai baju yang diperbuat daripada bendera ini tetapi sedikit pun akak tidak malu malah perasaan bangga dan semangat yang tinggi timbul dalam diri akak dan anak kerana dapat mengenakan pakaian ini. Tambah pula Sofia merupakan ‘Anak Merdeka’ jadi tidak timbul rasa malu dalam diri,” katanya.

Sementara itu, Wahyu Maisarah Nordin, 10, dari Sekolah Kebangsaan Sanglang, Ayer Hitam turut mengenakan pakaian yang diperbuat daripada bendera yang dibuat khas oleh kakaknya Nor Wahyuni Nordin, 23 sempena kemerdekaan pada tahun ini.

“Pihak sekolah ada membuat pertandingan baju kemerdekaan tahun ini jadi saya ambil kesempatan untuk memakai pakaian ini untuk menyambut kemerdekaan.

Perasaan malu tidak timbul dalam diri saya malah saya bangga kerana dapat memakai Jalur Gemilang ini,” katanya.

Sambutan kemerdekaan di Kedah bermula pada pukul 7.30 pagi dengan disertai 101 kontinjen dari pelbagai agensi yang melibatkan lebih 4,000 orang masuk berarak di Dataran Tuanku di hadapan Pekan Rabu. Majlis yang turut dihadiri lebih 5,000 orang awam itu tamat pada pukul 10.30 pagi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment