Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment


MELAKA, 31 Ogos (Bernama) -- Polis menemui rangka kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Sabtu, yang ditanam di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt Razali Abu Bakar berkata berikutan penemuan itu dua orang dipercayai pasangan kekasih ditahan polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi kejadian, dan kira-kira 7 pagi Sabtu polis menemui rangka mangsa berbalut kain batik yang ditanam di dalam lubang sedalam 0.3 meter.

"Melihat keadaan rangka terbabit kanak-kanak berkenaan dipercayai meninggal dunia Februari lalu sebelum mayatnya ditanam di rumah yang disewa pasangan berkenaan (bermula) awal tahun ini," kata Razali kepada pemberita di Melaka, Ahad.

Razali berkata berdasarkan siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh kanak-kanak itu dipercayai anaknya, dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas.

Bagaimanapun punca dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- Bernama

0 comments:

Post a Comment