Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketika seluruh rakyat Malaysia bergembira menyambut ulang tahun ke-57 kemerdekaan negara mereka hari ini, enjin carian gergasi Google mempunyai cara tersendiri untuk turut meraikannya iaitu dengan memperkenalkan doodle ‘Merdeka’.

Ia merupakan gabungan kelopak Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinesis), bunga kebangsaan Malaysia, yang disusun indah bagi membentuk perkataan ‘Google’.

Menurut Google, doodle khas itu adalah hasil ciptaan pelukis-arkitek Malaysia berusia 27 tahun, Hong Yi, yang menggunakan Merah sebagai moniker.

“Amat teruja sekali menunjukkan kepada anda hasil seni saya untuk Google hari ini, yang saya cipta bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia hari ini!Lawatilah google.com.my, anda akan dapat melihatnya!

“Ini adalah versi awal yang saya tunjuk kepada mereka dan kami jadikannya lebih ringkas. Ciptaannya berasaskan kelopak Bunga Raya – Bunga Raya adalah Bunga Kebangsaan Malaysia, oleh itu, saya rasa amat berbesar hati apabila menjadi sebahagian daripada projek ini. Selamat Hari Merdeka, Malaysia,” tulis wanita berasal dari Sabah iu dalam akaun Instagramnya www.instagram.com/redhongyi.

Tulisan itu juga terkandung dalam blog rasminya dan karya Hong Yi ini disiarkan media seluruh dunia, termasuk Huffington Post, Wall Street Journal, ABC, CNN, NBC dan Daily Mail.

Lebih 14,000 orang menyertai perbarisan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-57 di Dataran Merdeka di sini hari ini, yang bertemakan “Malaysia: Di Sini Lahirnya sebuah Cinta” bagi menzahirkan cinta mereka terhadap negara. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment