Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan memanfaatkan kehadiran beliau pada Persidangan Antarabangsa mengenai Negara Kepulauan Kecil Membangun (SIDS) ketiga di Samoa untuk melobi sokongan terhadap Malaysia bagi menduduki kerusi tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2015-2016.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Kementerian Luar berkata dalam kunjungan beliau mulai esok hingga 4 Sept, Anifah diiringi para pegawai kanan kementerian itu.

Katanya penyertaan Anifah dalam persidangan itu adalah berasaskan semangat kerjasama Selatan-Selatan dan bagi mempamerkan komitmen Malaysia terhadap usaha Kuala Lumpur meningkatkan hubungan dengan SIDS.

“Pertemuan antara menteri berkenaan dan rakan sejawatan beliau juga akan memungkinkan wujudnya pertukaran pendapat tentang isu dua hala, serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama, di samping membuat kenyataan pada sidang pleno,” kata kenyataan itu.

Persidangan itu, yang bertemakan ‘Pembangunan Lestari Negara Kepulauan Kecil Membangun melalui Perkongsian Tulen dan Berkekalan’, akan disertai 52 SIDS dan negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah serta pertubuhan antarabangsa.

Ia merupakan forum untuk menyemak dan mengkaji semula hasil semua persidangan utama dan sidang kemuncak PBB dalam bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar, termasuk Program Tindakan Barbados bagi Pembangunan Lestari SIDS dan Strategi Mauritius bagi Pelaksanaan Program Tindakan Seterusnya untuk Pembangunan Lestari SIDS, yang diterima pakai pada 2005 dan meliputi tempoh 2005-2015.

“Ia merupakan satu-satunya strategi pembangunan global bagi menangani masalah pembangunan global dan menetapkan prinsip asas serta tindakan khusus yang perlu diambil di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa bagi menyokong pembangunan lestari SIDS.

“Persidangan tahun ini penting bagi menilai kemajuan yang dicapai dalam menangani kelemahan SIDS melalui pelaksanaan strategi terbabit,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment