Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 30, 2014

No Comment

Dua lelaki yang mencuri dua cincin berlian bernilai RM1.4 juta di Bukit Bintang pertengahan bulan ini berjaya ditahan di Zurich, Switzerland pada Khamis.

Pengurus Keselamatan Penjual Barangan Emas Antarabangsa, Martin Winckel berkata, dua penjenayah terbabit ditahan ketika berkeliaran di Bahnhofstrasse untuk mencuri berlian di sebuah kedai di situ.

Suspek dipercayai warga Taiwan itu pada mulan berkunjung ke tiga buah kedai dan menyatakan minat terhadap berlian bernilai tinggi.

Bagaimanapun semasa berada di kedai ketiga, kedua-duanya telah ditahan oleh polis berikutan gelagat mereka yang mencurigakan.

Menurutnya, seorang daripada dua suspek merupakan perancang utama dan dikenali sebagai Meng.

Jelasnya, identiti itu dikenalpasti menerusi cap jari yang diambil ketika suspek ditahan pada 2012.

“Mereka (suspek) sangat terkejut (ketika ditahan).

“Sekarang polis daripada beberapa negara seperti Malaysia, Switzerland, Jerman, Belgium, Britain dan Bahrin sedang berkerjasama,” katanya sambil menambah Meng, 46, mempunyai waran tangkap dari Bahrin.

Penjenayah profesional dalam mencuri berlian dan emas itu didakwa telah melarikan barangan berharga di Bukit Bintang pada 14 Ogos lalu.

Mereka juga dipercayai menggunakan beberapa pasport untuk memasuki setiap negara bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

0 comments:

Post a Comment