Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 30, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas dalam nahas di Kilometer 224.9 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini hari ini.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata dalam kejadian pada kira-kira 9.50 pagi itu, Mohd Firdaus Zainal Abdin, 20, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa, yang berasal dari Sekinchan, Selangor dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kuantan.

“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangnya telah terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang besi jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan disebabkan kecuaian mangsa yang tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment