Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment

MADINAH – Tabung Haji menganjurkan majlis tahlil dan doa selamat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di sini pada Sabtu malam.

Majlis yang diadakan di Maktab Zon Satu di Hotel Al-Haram selepas solat Isyak dipimpin Mohd Hishammuddin Mansor dan turut dihadiri Pengarah Operasi Madinah yang juga Naib Konsul Jeneral Tabung Haji di Jeddah, Zawawi Bostam.

Turut menyertai majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Tabung Haji, Datuk Che Mat Che Ali, yang juga bekas pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pengurus Operasi Perubatan di Madinah, Dr Amin Sah Ahmad.

Lebih 50 petugas dan jemaah haji menghadiri majlis itu yang dimulakan dengan bacaan Yasin, diikuti bacaan doa supaya Malaysia memperoleh kesejahteraan dan keselamatan, dan rakyat berbilang kaum hidup dalam harmoni serta dijauhi daripada bencana serta musibah.

Sementara itu, Che Mat berkata, rakyat Malaysia tetap setia dan cintakan negara walaupun berada di luar negara.

“Kasih dan sayang terhadap negara adalah sebahagian daripada iman,” katanya kepada media Malaysia, di sini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia walaupun di mana berada perlu bersama-sama mendoakan kesejahteraan negara daripada dilanda bencana dan musibah.

“Apatah lagi akhir-akhir ini diuji Allah SWT dengan pelbagai ujian. Semoga barakah musim haji tahun ini, dan moga semua jemaah haji sama-sama mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan keselamatan negara,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment