Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 18, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengunjungi Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Mesyuarat tertutup berlangsung di sebuah hotel terkemuka di mana pemimpin Singapura itu menginap.

Najib diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Menyertai perdana menteri pada sesi itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Husni Zai Yaacob.

Terdahulu, Dr Tan dan isterinya, Mary, diberikan sambutan negara di Dataran Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Ini lawatan negara pertama oleh ketua negara Singapura itu ke Malaysia.

Lawatan itu ialah atas undangan Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment