Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 15, 2013

No Comment

Sukan adalah antara bidang yang bakal diberi keutamaan bila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan nanti.

Puncanya, dibawah Menteri-Menteri Sukan UMNO (kecuali semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri), negara kita tidak banyak mendapat kemajuan dalam bidang sukan dari dulu sampai sekarang.

Faktor yang menyumbang kepada kemerosotan ini adalah kerana, UMNO kurang idea bagaimana untuk meletakkan negara pada tempat yang betul dalam peta sukan antarabangsa. Pakatan Rakyat boleh mengubah semua ini dan perancangan mengenainya telah pun disiapkan untuk rakyat menilai.

Dengan syarat, kita perlu diberi peluang memerintah dululah.

Bercakap tentang itu, hari ini aku nak berbicara tentang sukan bolasepak, atau lebih spesifik lagi pertandingan Pestabola Merdeka yang dijuarai pasukan ‘Harimau Muda’ semalam – siapalah bodoh yang letak perkataan Harimau Muda, mana ada harimau muda, anak harimau adalah.

Tapi biarkanlah kebodohan itu dulu, sebab ada yang lebih bodoh untuk dibincangkan mengenai Pestabola Merdeka yang dijuarai pasukan ‘Harimau Muda’ ini semalam.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1957 oleh Tunku Abdul Rahman sebagai sebahagian dari kemeriahan menyambut hari kemerdekaan negara dulu, pertandingan itu sudah semakin merosot dari segi kualiti permainan dan pasukan yang menyertainya.

Macam edisi terbaru berakhir malam tadi, hanya 4 pasukan sahaja yang bertanding dan hampir kesemuanya berada dalam kelas rendah – kecuali Singapura. Bagaimana Singapura boleh terfikir untuk menyertai pertandingan ini pun aku tak pasti, buat mencemar maruah saja.

Persoalannya sekarang, wajarkah lagi pertandingan tidak ada prestij seperti ini dikaitkan lagi dengan Hari Kemerdekaan negara? Merdeka adalah satu perkara yang besar dan mulia, sedangkan Pestabola Merdeka adalah pertandingan setaraf budak sekolah main bola dan hanya mencemarkan kemuliaan merdeka itu sendiri.

Justifikasi aku mudah saja, 4 pasukan bermain sesama sendiri sehingga ke final sepatutnya tidak layak dipanggil satu pertandingan. Itu lebih kepada latihan dan perlawanan persahabatan.

Kalau dah bukan taraf pertandingan, ia tidak sepatutnya diteruskan apatah lagi untuk mengaitkan kemerdekaan negara dengannya. Lagipun siapa di zaman hari ini yang guna perkataan Pestabola? Itu adalah perkataan lama, ketika bolasepak masih dipanggil sepak bola lagi!!

Semua ini perlu berubah sebelum menjadi lebih parah. UMNO tidak boleh diharap mengubah keadaan ini, hanya Pakatan Rakyat yang boleh. FAM dan semua persatuan sukan di negara ini perlu dirombak dan kepimpinan sedia ada digantikan dengan yang baru.

Pada ketika itulah baru negara kita akan maju dalam bidang sukan, serta menghasilkan lebih banyak jaguh-jaguh bertaraf dunia, bukan bertaraf estate seperti sekarang.

Sumber: negarapakatanrakyat.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment