Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

Betullah kata orang, niat tidak menghalalkan cara.

Mungkin niat seorang pengusaha kedai barangan seks ini bagus untuk meningkatkan keterujaan dalam hubungan intim pasangan suami isteri.

Namun, kewujudan kedainya juga mampu memberikan impak negatif kepada pasangan yang masih belum bernikah.

Ekoran pembukaan kedai barangan seks online di Turki yang diusahakan oleh seorang usahawan Haluk Murat Demirel, 38, turut mendapat perhatian sesetengah pihak di sini yang melihat lebih banyak impak negatif yang akan berlaku berhubung perkara tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Exco Pemuda UMNO Pusat, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya berkata kedai itu boleh mendorong kepada wujudnya kedai seks yang lebih teruk sekiranya masyarakat tidak memahami dengan jelas kandungan atau barangan yang dijual di kedai tersebut.

“Sebagai contoh, rumah urut yang wujud di negara kita sepatutnya berlandaskan etika Islam dan syarat-syarat yang dibenarkan namun jika tidak memahami konsep rumah urut itu mengikut fatwa dan norma Islam ianya boleh disalah erti dan terpesong,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.

Menurut pemilik kedai seks ‘halal’ itu, kedainya tidak menjual alat-alat seks seperti alat pengetar (vibrator) atau pun gambar-gambar lucah.

Fathul juga melihat kedai sebegitu hanya akan menggalakkan maksiat lebih berleluasa.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment