Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

Buat kali kedua dalam masa tiga tahun, wanita Arab Saudi menyatakan bantahan beramai-ramai terhadap undang-undang yang tidak membenarkan mereka memandu.

Undang-undang ini yang telah dipraktikkan sekian lama, dianggap tidak lagi relevan pada masa sekarang.
Ia dikatakan mengekang wanita daripada maju dalam hidup apabila terpaksa bergantung pada lelaki biasanya bapa, abang atau suami untuk membawa mereka ke mana-mana termasuk bagi mengerjakan urusan seharian.

Malah undang-undang Saudi turut menggariskan bahawa keizinan’penjaga lelaki’  ini diperlukan jika wanita mahu melancong, bekerja, menyambung pelajaran mahupun mendapat rawatan perubatan.

Antara cara bantahan dilakukan adalah wanita-wanita Saudi yang mahu mendapat hak memegang stereng ini termasuklah keluar memandu dan kemudiannya memuatnaik gambar mereka di internet sejak minggu lalu.

Kesannya, banyak sekatan jalanraya dilakukan polis Saudi terutama Sabtu lalu bagi memastikan tiada wanita cuba untuk melanggar undang-undang negara berkenaan. – REM RAMZI


0 comments:

Post a Comment