Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Meskipun belum lagi dibentangkan di Parlimen, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) secara semborono mendakwa pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini akan menyaksikan peningkatan bebanan hidup masyarakat.

Ia apabila Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, pembentangan Bajet 2014 bakal ada `kejutan’ dengan kerajaan menjadikan alasan ekonomi dunia rendah dan masalah defisit fiskal negara yang tinggi untuk menjustifikasikan `kejutan’ itu.

“Apa pun alasan yang akan diletakkan oleh kerajaan, kami mencurigainya kerana beban pada bahu rakyat.

“Beberapa tindakan yang bakal dilakukan seperti mengurangkan atau menarik kembali subsidi yang diberikan atau meningkatkan nilai jualan pasaran dengan beberapa caj-caj tambahan seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Raja Ahmad mendakwa, Bajet 2014 boleh menjadi pengukur kepada tahap kewangan negara hingga memaksa kerajaan memikirkan langkah-langkah drastik yang bersifat ‘tidak popular’ dalam mata rakyat.

Menurutnya, Bajet 2014 juga sebagai pengukur kemampuan kerajaan sedia ada untuk menguruskan pentadbiran kerajaan berikutan banyak berlaku ketidakmampuan mengurus seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

“Bagi kami, mana-mana pihak pun yang diberikan kuasa memerintah sesebuah kerajaan perlu memikirkan jalan keluar setiap kemelut yang melanda negara mereka,” dakwanya.

0 comments:

Post a Comment