Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

REKAANNYA telah mencairkan hati peminat ketika pertama kali peranti Apple Mac Pro diumumkan, Jun lalu.

Semalam, peranti ini akhirnya dilancarkan secara rasmi oleh Apple sempena majlis pelancaran besar-besaran yang diadakan bersama dengan MacBook pro serta iPad Air.

Mac Pro baru didatangkan lengkap dengan pemproses Intel Xeon E5 12-core dan boleh dimuatkan dengan memori RAM hingga 64 GB selain dua kad grafik AMD FirePro D300 (atau D500) dengan VRAM sebanyak 6GB. Simpanan memori pula boleh dimuatkan hingga 1TB melalui PCI-Express.

Untuk pilihan sambungan pula, Mac Pro direka dengan enam port Thunderbolt 2, empat port USB3.0, dua port Ethernet serta dua port HDMI.

Produk baru Apple ini akan dilancarkan ke pasaran terpilih bermula Disember ini. Namun, tarikh jualan di Malaysia masih belum diumumkan.

0 comments:

Post a Comment