Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa melepaskan air menerusi alur limpah Empangan Sultan Abu Bakar di Cameron Highlands awal pagi tadi.

TNB dalam satu kenyataan media memberitahu, tindakan itu sebagai langkah untuk mengelakkan seluruh kawasan Lembah Bertam dilanda banjir.

“Air telah dilepaskan secara terkawal menerusi alur limpah Empangan Sultan Abu Bakar awal pagi tadi sebagai langkah mengelakkan seluruh kawasan Lembah Bertam banjir.

“Hujan lebat dan banjir kilat di sekitar Ringlet yang berterusan semalam menyebabkan air melimpah ke Tasik Ringlet melepasi paras maksimum,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, kata kenyataan itu, TNB mengambil segala langkah yang perlu termasuk bekerjasama dengan pihak keselamatan sebelum melepaskan air secara terkawal.

Antara pihak yang memberi kerjasama termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lembah Bertam.

“Pelepasan air tersebut adalah mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan,” jelas kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment