Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 29, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Semua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di United Kingdom (UK) berada dalam keadaan selamat meskipun negara itu dilanda kejadian ribut kuat baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pelajar terbabit berada di luar kawasan bencana dan ribut itu cuma melanda sekitar selatan London.

“Tiada berita buruk melibatkan pelajar tajaan Mara dan ribut itu semakin reda sejak semalam.

“Bagaimanapun, Mara sentiasa mengawasi situasi terkini dan memastikan kesemua 1,684 pelajar tajaan Mara di UK berada dalam keadaan selamat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Shafie turut memaklumkan seramai 127 pelajar tajaan Mara berada di Jerman dan 151 lagi di Perancis.

Justeru beliau menasihatkan pelajar tersebut supaya menghubungi Pejabat Mara London jika menghadapi sebarang kecemasan.

Katanya, keluarga pelajar terbabit di Malaysia boleh menghubungi Bahagian Penganjuran Mara di talian 03-2613 2005/2006/2009/2104/2045 untuk mendapatkan maklumat lanjut situasi itu.

“Mereka boleh juga menghubungi Pejabat Mara London di talian 00442079850856,” katanya.

0 comments:

Post a Comment