Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment
Hasratnya kembali menyemarakkan persada hiburan ternyata mendapat sambutan positif daripada peminat setianya di luar sana.

Malah drama ‘comeback’ lakonannya, Teduhan Kasih yang juga gandingan mantapnya dengan Adi Putra, Shah Iskandar dan Nabila Huda turut memberi impak kepada penonton selepas bersiaran di TV3, Mei lalu. 
Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Syarizad Ibrahim, 30, ini bersyukur kerana pengarah drama masih memberi kepercayaan kepadanya walaupun sudah tiga tahun meninggalkan karier lakonan. 

Sebelum ini Sherry meninggalkan seketika bidang lakonan kerana berkhidmat sebagai pramugari dengan Qatar Airways selama dua tahun setengah.


Pelakon kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini kembali berlakon selepas kontraknya dengan syarikat penerbangan itu berakhir pada Mei tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment