Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 17, 2013

No Comment

MANGSA ialah Curtis Jiee, 29, berasal dari Kampung Serasot, Bau.

Difahamkan, mangsa ditemui tidak lagi bernyawa di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta jenis Perodua Kancil dipercayai milik abang mangsa sekitar jam 6 petang kelmarin.

Orang awam yang menjumpai mayat mangsa itu terus memaklumkan kepada pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah ditemui di tempat kejadian namun siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Mangsa yang bekerja di sebuah hotel terkemuka di pusat bandar raya meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. – THE BORNEO POST

0 comments:

Post a Comment