Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment


TEHRAN – Iran hari ini mengumumkan menarik dari daripada rundingan nuklear bersama negara kuasa besar dunia dengan mendakwa Washington tidak mematuhi semangat perjanjian yang dicapai bulan lalu dengan memperluaskan senarai sekatan terhadap negara itu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry dan jurucakap Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton yang mewakili negara kuasa besar dunia untuk rundingan itu bagaimanapun berkata pihaknya menjangkakan rundingan itu dapat diadakan dalam waktu terdekat.

Namun ketua perunding nuklear Iran, Abbas Araqchi berkata, tindakan AS itu berlawanan dengan semangat yang dicapai di Geneva apabila negara kuasa dunia bersetuju menangguhkan sementara sekatan terhadap Iran bagi membolehkan program nuklear Iran dihentikan.

“Tehran kini sedang menimbang dengan teliti tindakan terbaru AS itu,” kata Araqchi kepada agensi berita Fars ketika rombongannya pulang ke Tehran dari Vienna.

Duta Iran ke perancis, Ali Ahani, memberitahu media di Monaco bahawa tindakan AS itu boleh memberi reaksi yang bertentangan di dalam negaranya untuk berunding dengan pihak Barat.

“Kami sudah memastikan apa komitmen kami. Kami mesti memastikan di pihak satu lagi agar serius dalam perkara ini supaya kami boleh memberitahu rakyat Iran bahawa kita boleh percaya kepada Barat,” katanya.

Menerusi persetujuan di Geneva itu, Iran bersetuju untuk menghentikan sebahagian program nuklear selama enam bulan dan sebagai pulangan, Tehran memikmati AS$7 billion selepas sekatan Barat dan AS ditarik balik. – AFP

0 comments:

Post a Comment