Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

BUENOS AIRES – Seorang remaja ditembak sebelum meninggal dunia di Buenos Aires, awal hari ini selepas ‘Hari Penyokong’ yang dianjurkan kelab bola sepak Boca Juniors bertukar menjadi ganas.

Mangsa dikenali sebagai Rafael Ruiz, 19, berada di dalam kereta api selepas menyertai festival berkenaan bersama ratusan penyokong lain apabila ditembak oleh individu dari dalam sebuah van.

Saksi berkata, Ruzi ditembak di kepala dan dada sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Polis sedang menyiasat sama ada penyokong dari kelab bola sepak lain bertanggungjawab dalam kejadian itu atau ia kumpulan penyokong Boca Juniors yang bermusuh sesama sendiri.

Ribuan penyokong Boca yang memakai jersi popular biru-kuning, berkumpul malam tadi di tengah ibu Negara Argentina.

Ia bertukar ganas apabila sebahagian penyokong menyerang premis perniagaan dengan kumpulan penyokong bertempur sesame sendiri.

Setakat ini polis sudah menahan 22 orang. – AFP

0 comments:

Post a Comment