Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 5, 2012

No Comment

Adakah Ini Kembar Atau Jelmaan Vanida Imran?
Adakah Ini Kembar Atau Jelmaan Vanida Imran? - KUALA LUMPUR : Sekali imbas wajah wanita bertudung litup ini tidak tumpah seperti aktres terkenal, Vanida Imran yang memiliki kemanisan dan keayuan di raut wajahnya.
Lihatlah saja senyuman memikat yang terukir di wajahnya dan matanya yang bundar. Persis seperti pelakon The Red Kebaya berkenaan. Sekali melihat pasti tertawan.
Namun hakikatnya, dia bukanlah Vanida Imran atau persona Vanida Imran apabila bertudung litup. Sebaliknya dia adalah pendatang baru dalam industri hiburan tempatan yang ingin dikenali sebagai Lynda Roslan.
Bagaimanapun, mereka memiliki persamaan ketara, apabila masing-masing menggunakan produk kecantikan keluaran tempatan iaitu Ronasutra.
Terkenal dengan bedak debu yang kaya dengan 100 peratus mineral semulajadi, Ronasutra telah mengangkat kedua-dua jelitawan berkenaan sebagai duta sempena pembukaan kaunter kecantikan pertama Ronasutra di Plaza Shah Alam.
Bakal dilancarkan pada 7 Disember ini, Vanida Imran dan Lynda Roslan buat pertama kalinya akan dipertemukan dalam sebuah majlis indah dan ringkas bersama-sama peminat serta pengguna setia Ronasutra.
Malah inilah peluangnya untuk anda bertemu dan beramah mesra dengan kedua-dua si cantik manis ini pada majlis berkenaan dengan menghantarkan penyertaan segera kepadawebmaster@murai.com.my sebelum 6 Disember ini.
Bukan itu saja, secara eksklusif 5 pembaca bertuah portal murai.com.my akan berpeluang menikmati sesi make over wajah serta membawa pulang produk Ronasutra bernilai RM300 setiap seorang pada hari berkenaan.
Sesi make over wajah dan ramah mesra bersama duta Ronasutra akan diadakan pada 7 Disember 2012, bermula jam 1 tengah hari hingga 3 petang di Plaza Shah Alam, Shah Alam.
Apa yang perlu anda lakukan?
1. Foto peribadi :
2. Nama penuh:
3. No kad pengenalan:
4. Alamat:
5. No telefon
6. Email:
Hantarkan ke webmaster@murai.com.my sebelum 6 Disember 2012. – Murai

0 comments:

Post a Comment