Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 11, 2013

No Comment

Di laman Facebook Okidu Media Dot Com, hari ni dikongsikan gambar seorang bayi dengan keadaan belakang badannya yang melecur seolah-olah terbakar sehingga kulitnya jadi seperti melecur akibat dibakar.

Okidu Media Media Dot Com mendedahkan luahan ibu bayi berkenaan yang juga seorang ahli di laman Facebook tersebut.

Ibu bayi berkenaan berkata, pada mulanya bayinya itu tidak menunjukkan sebarang kesan perubahan pada fizikalnya selepas disuntik pada 5 Disember lepas tetapi si kecil asyik menangis dari petang sampai ke malam.

“Pada keesokan harinya, bila saya nak lap badan dia tengok satu tompok seperti dibakar, bila dipegang memang rasa panas sampai pergi ke klinik pakar kanak-kanak pun tak berani nak check sehingga buat surat untuk hantar bayi ke hospital,” katanya.

Bayi yang tidak didedahkan namanya itu kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan terpaksa dimasukkan ke wad.

Laman Facebook berkenaan turut menasihati ibu bapa yang lain supaya berhati-hati dalam memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka supaya kes sebegini tidak berulang lagi.

“Gambar ini diambil daripada ahli kumpulan Facebook, saya dah minta izin beliau untuk kongsikan, saya sangat sedih tengok bayi jadi begini, bayangkan ahli keluarganya…lagi sedih,” katanya.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh ahli keluarga bayi itu seterusnya dan di mana mereka mendapatkan suntikan berkenaan tidak diketahui.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment