Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 11, 2013

No Comment

NUSAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan menyumbang RM10 juta untuk bantuan dan usaha pemulihan akibat banjir.

Najib yang merupakan Pengerusi Khazanah berkata, sumbangan berkenaan juga bertujuan membantu mereka yang menghadapi musibah akibat bencana alam itu.

“Khazanah terus menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan sebagai satu pengumuman, Khazanah bersetuju untuk memberikan sumbangan RM10 juta untuk usaha menolong dan memulih mereka yang terlibat,” katanya semasa berucap merasmikan pembukaan Hotel Traders Puteri Harbour dan Legoland Resort Malaysia, di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri yang diiringi Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, Tan Sri Mohamed Nor Yakcop dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar, mempengerusikan mesyuarat ke-69 Lembaga Pengarah Khazanah Nasional di Hotel Traders.

Najib turut melahirkan keyakinan Khazanah akan terus maju dalam pelbagai pembangunan yang diusahakan dan pelbagai tarikan lain akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Khazanah menerusi satu kenyataan berkata RM10 juta berkenaan sebagai memperluas usaha bantuan, pemulihan dan persiapan di negeri-negeri yang dilanda banjir.

“Sumbangan itu memfokuskan bantuan banjir, pemulihan serta persediaan menghadapi gelombang baharu dalam masa terdekat dan kedua ia digunakan untuk menyokong inisiatif bagi memastikan persiapan yang mantap untuk jangka sederhana dan panjang”.

Menurut kenyataan itu, sumbangan tersebut adalah kesinambungan kepada usaha berterusan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang merupakan syarikat pelaburan Khazanah.

Khazanah akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Mercy Malaysia untuk tujuan berkenaan, menurut kenyataan itu. – Bernama

0 comments:

Post a Comment