Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

MELAKA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Hotel Equatorial di sini, venue mesyuarat agung tahunan MIC ke-67, bagi merasmikan mesyuarat itu.

Ketibaan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional pada 10.15 pagi disambut Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam serta pemimpin kanan MIC yang dimeriahkan dengan paluan muzik tradisional masyarakat India.

Najib akan menyampaikan ucapan perasmian pada perhimpunan agung itu yang dihadiri kira-kira 1,452 perwakilan, selepas ucapan dasar Palanivel.

Mesyuarat agung tahunan MIC selama dua hari mulai semalam menyaksikan pemilihan parti berlangsung semalam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment