Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 10, 2013

No Comment

MELAKA – Semua 13 anggota tentera dari Kem Sungai Udang, di sini yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki hilang akibat dipukul ribut di perairan Melaka kelmarin ditemui dalam keadaan selamat awal pagi tadi.

Semua 11 pelatih komando bersama dua jurulatih yang hilang lebih 28 jam itu ditemui orang awam terdampar di pesisir Pantai Puteri, di sini bersama bot yang dinaiki kira-kira jam 1.19 pagi.

Menurut saksi, Rahmah Md Derus, 58, dia menyedari semua mangsa terdampar di pantai itu ketika dalam perjalanan pulang dari Dataran 1Malaysia, Klebang ke rumahnya di kawasan berhampiran.

Katanya, semua mangsa yang tidak mengalami kecederaan terbaring dalam keadaan keletihan dengan wajah yang kehitaman berhampiran bot mereka.

“Mereka menyatakan bot dinaiki mereka terbalik dan hanyut menghampiri perairan antarabangsa. Mereka kemudian terbalikkan bot dan cuba menghidupkan enjin tetapi gagal.

“Mereka memaklumkan terpaksa mendayung menggunakan tangan. Namun, apabila percubaan kali kedua menghidupkan enjin berjaya mereka memecut laju hingga ke pesisir pantai ini,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Kem Terendak untuk rawatan kira-kira jam 1.40 pagi. – HMetro

0 comments:

Post a Comment