Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, December 5, 2013

No Comment

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi gambarnya menyediakan ucapan dasar Presiden bagi Perhimpunan Agung Umno ke-67 yang akan bermula esok di laman Facebook beliau.

Dalam penerangan berkaitan gambar berkenaan, Najib yang juga Perdana Menteri berkata beliau sedang giat meneliti teks ucapan berkenaan sebelum disampaikan esok.

“Malam tadi, saya giat melakukan penelitian teks ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013. Saya akan menyampaikan ucapan dasar ini esok, dan ucapan penggulungan pada hari Sabtu nanti.

“Kepada semua perwakilan, selamat bersidang, semoga perhimpunan kali ini dapat mengukuhkan perpaduan sesama kita,” katanya di laman Facebook beliau.

Dalam gambar itu, Najib yang berpakaian kemeja di sebuah ruang di kediamannya menulis sesuatu di atas teks ucapan itu dengan kelihatan makanan dan minuman disediakan sambil beliau menyiapkan ucapan.

Semalam Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri menyampaikan ucapan pembukaan apabila merasmikan Persidangan serentak tiga sayap parti pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO.

Untuk rekod, laman Facebook rasmi Najib kini sudah menerima 1.9 juta Likes dan ia akan pada bila-bila masa mencecah 2 juta Likes.

Sambutan menggalakkan itu adalah ekoran kesudian Najib berkongsi gambar-gambar peribadi beliau di saat bekerja atau berada di rumah sedang berehat.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment