Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 10, 2013

No Comment

SINGAPURA: Sehingga jam 12.45 malam Isnin, sekurang-kurangnya tiga bas anggota polis dikerahkan bagi mengawal rusuhan yang berlaku di sepanjang Jalan Race Course dan Jalan Hampshire di sini kira-kira jam 9.23 malam Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang pekerja asing warganegara Bangladesh dilanggar oleh sebuah bas di kawasan yang dikenali sebagai ‘Little India’ itu.

Rusuhan tersebut kemudiannya menjadi semakin serius hingga melibatkan sekumpulan besar warga asing di mana mereka bertindak menyerang dan membakar ambulans serta beberapa buah kereta peronda polis yang mengawal kemalangan dikawasan tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber sekurang-kurangnya dua letupan berlaku di tempat kejadian yang melibatkan beberapa buah kenderaan.

Laporan media tempatan juga melaporkan dianggarkan sebanyak empat buah kereta peronda polis telah diterbalikkan oleh para perusuh.

Menurut orang awam kepada AFP, punca kejadian masih belum diketahui dengan jelas namun keadaan kemudiannya kembali terkawal selepas dua jam.

“Polis mengesahkan rusuhan berkenaan di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire, kira-kira 9.23 malam.

“Anggota polis di kawasan itu sedang mengawasi keadaan. Orang ramai dinasihati supaya menjauhi kawasan berkenaan,” menurut kenyataan Polis Singapura menerusi Facebook rasmi jabatan itu.

Kira-kira jam 12.10 pagi Isnin, kesemua perusuh dilihat telah meninggalkan kawasan tersebut namun pihak polis masih berkawal bagi memastikan kejadian tidak menjadi semakin serius.

Menurut salah seorang saksi kejadian, dia melihat kira-kira 200 lelaki mengelilingi bas mini yang terlibat dalam kemalangan sebelum itu.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: CNA/AFP/StraitsTimes




0 comments:

Post a Comment