Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 10, 2013

No Comment

SINGAPURA – Menurut sumber The Straits Times Singapore, polis rusuhan kini masih lagi mengawal keadaan di sekitar ‘Little India’ di sini bagi memastikan rusuhan yang berlaku pada malam Ahad tidak menjadi semakin serius.

Kami kongsikan beberapa foto kejadian rusuhan yang berlaku di ‘Little India ‘ yang berlaku lebih kurang jam 10 malam pada malam Ahad.

Menurut kenyataan polis Singapura pada jam 12.48 pagi Isnin, 10 anggota polis dilaporkan cedera manakala beberapa buah kereta persendirian, lima buah kereta peronda polis dan sebuah ambulans telah dirosakkan oleh para perusuh.

Sekurang-kurangnya dua buah kereta polis diterbalikkan oleh para perusuh di tengah jalan manakala sebuah ambulans dibakar.

Menteri Dalam Negeri Singapura, Teo Chee Hean berkata rusuhan di Little India malam tadi adalah satu insiden yang amat serius dan pihaknya akan menangkap mereka yang terbabit.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber/Foto: The Straits Times Singapore









0 comments:

Post a Comment