Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 10, 2013

No Comment

Polis sudah menahan 27 orang suspek kebanyakannya berasal dari Selatan Asia dipercayai mempunyai kaitan dengan rusuhan di Little India, Singapura semalam.

Menurut laporan media, dijangkakan lebih banyak tangkapan akan dilakukan.

Polis Singapura  berkata, rusuhan tercetus selepas seorang warga India berusia 33 tahun maut kerana dilanggar sebuah bas milik swasta.

Rusuhan yang berlaku melibatkan kira-kira 400 orang.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai merusuh dengan senjata berbahaya.


Laporan Channel News Asia menyebut, butiran rusuhan dikeluarkan dalam satu sidang media awal pagi Isnin.

Rusuhan yang berlaku adalah kali pertama sejak 40 tahun dalam sejarah Singapura.

Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean berkata kerajaan akan menyelesaikan kes berkaitan rusuhan itu dengan serius.

“Saya mahu semua orang jelas, kerajaan tidak akan bertoleransi dengan tindakan yang tidak berlandaskan undang-undang ini, saya telah mengarahkan polis menyiasat dengan terperinci dan mengendalikan kes dengan tegas berpandukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata orang ramai pula perlu sentiasa tenng dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Kira-kira 300 orang anggota polis dikerahkan ke lokasi rusuhan sebaik ia tercetus.

Pesuruhjaya Polis Ng Joo Hee berkata perusuh membaling botol kaca dan pelbagai objek lain ke arah pegawai polis.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

Sumber : Channel News Asia

0 comments:

Post a Comment