Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal di perairan Pengerang di sini petang semalam kerana tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa Malaysia untuk berlabuh di perairan itu.

Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, kewujudan Kapal Ktos II di perairan itu dikesan oleh sepasukan anggota APMM kira-kira pukul 6 petang.

“Kapal berkenaan dikesan sedang bersauh di kedudukan 2.66 batu nautika selatan Tanjung Kapal oleh kapal ronda APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan tersebut.

“Kapal ini didapati tidak memiliki dokumen yang sah dan berlabuh tanpa kebenaran serta gagal melaporkan ketibaan kapal di perairan Pengerang semalam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Amran berkata, kapal yang didaftarkan di Panama itu ditahan manakala kapten kapal dan ketua jurutera dibawa ke pejabat APMM Johor Bahru untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, pemilik kapal terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 49 1B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) dan Akta Dius Api 1953 iaitu bersauh tanpa kebenara serta gagal memaklumkan ketibaan kapal di perairan Malaysia.


“Jika didapati bersalah boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau dalam pada itu memaklumkan APMM telah berjaya menyelesaikan sebanyak 16 kes berkaitan kesalahan seperti itu sebelum ini.

Justeru, katanya, APMM akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang di perairan negara bagi memastikan keselamatan kapal-kapal yang melalui perairan negara sentiasa terjamin dan mereka mematuhi undang-undang Malaysia.

0 comments:

Post a Comment