Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) menyalurkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada mangsa banjir di beberapa negeri melalui Mercy Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Fiona Liao berkata, sumbangan wang itu untuk mewujudkan lebih banyak klinik bergerak dan mengagihkan kit penjagaan kesihatan di kawasan terjejas banjir.

“Kita perlu memastikan mangsa banjir terutama kanak-kanak dan warga emas mendapat bantuan kesihatan yang sewajarnya supaya kesihatan mereka tidak terjejas akibat bencana ini.

“Kami berharap sumbangan ini melalui Mercy Malaysia dapat membantu dari segi perkhidmatan perubatan di segenap kawasan yang terjejas,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Fiona turut memaklumkan, PAMB memansuhkan semua caj yang dikenakan kepada pelanggan syarikat itu yang mahu mendapatkan kad baharu atau dokumen polisi insurans kerana kad dan dokumen sedia ada rosak akibat banjir.

Beliau turut memaklumkan PAMB akan mempercepatkan proses tuntutan oleh pemegang polisi insurans syarikat itu yang mengalami kerosakan kenderaan dan rumah akibat bencana berkenaan.

“Sehingga hari ini seramai 40 warga PAMB yang terjejas akibat banjir menerima RM500 sebagai bantuan kewangan untuk membantu kehidupan mereka,” katanya.

0 comments:

Post a Comment