Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

Seremban – Siapa sangka walaupun ibu bapanya tidak mempunyai keturunan albino, namun gadis ini dilahirkan dalam keadaan cukup unik, iaitu serba putih.

Norsyazwani Mohd Ghazali, 16, yang kerap diejek ‘hantu putih’ dan ‘anak patung berjalan’ oleh rakan sekolahnya dilahirkan albino walaupun ibu bapa dan kakaknya tidak mempunyai penyakit itu.

Ibunya, Salmah Adam, 53, berkata, dia suami, Mohd Ghazali Hashim, 54, masing-masing dari Kampung Gunung Pasir, Kuala Pilah dan ramai kanak-kanak albino dilahirkan di situ.

“Mungkin ramai tidak tahu beberapa kampung di daerah Kuala Pilah seperti Kampung Gunung Pasir, Kampung Sikai, Kampung Sri Pilah, Kampung Terap, Kampung Praku, Kampung Senaling dan Kampung Ulu Pilah menjadi perkampungan albino apabila jumlah masyarakat albino di situ agak ramai.

“Berkemungkinan kami terkena ‘angin’ penyakit itu ketika tinggal di sana bersama suami berikutan tiada seorang pun keturunan kami mempunyai penyakit albino,” katanya kepada Harian Metro, di sini. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment