Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

23 comments

1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, 
tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya 
mu nak nikah tak harini?

suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha.
ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku , 

dia tanya “ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?

ustaz tu cuma jawap “boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat
ayah aku jawap “orang tak buat biar saya buat
dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga, 

dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, 
dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku

mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.

inilah kisah bertunang sesaat

ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal,
sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua, 

Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, 
ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku, 

10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia, 
memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah, 

sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee

inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang, 
kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot, 

insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, 
jadi berzina itu jadi mudah!

*update: 10/5/2014 nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama,hiv test dan krusus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia

23 comments:

  1. Replies
    1. apa yang dongengnya en. Fahmy ?

      Delete
    2. Mana ada dongeng betullah nie, dah byk sahabat2 dan kenalan2 saya nikah mcm nie, cukup rukun dan syarat2nya jalanlah xde masalahnya, asalkan FAHAM ISLAM, ISLAM ITU MUDAH.yg xfaham je selalu menyusahkan....Wallahuallam

      Delete
    3. Amboi. She is my friend. The story is totally not fake.

      Delete
  2. Blh ke nikah mcm ni.. Adakah ini dinmekn nikah gantung??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam islam setahu saya xde istilah nikah gantung.cuma ada dlm masyarakat kita bilamana majlis akad dijalankan dulu.kendurinya kemudian.kalau cukup rukun maka sahlah akadnya.dari segi syarak dorg dah halal, cuma dr sudut syariah belum sah sbb belumdaftar kat pejabat agama.

      Delete
    2. nope..ini tidak dinamakan nikah gantung..nikah yang sebenar menurut syarak..bertunang hanyalah syarat ataupun adat kata nama lain 'booking' seseorang untuk mengatakan dia adalah pasangan kita..dalam Islam, hanya memandang Nikah yang lagi afdhal..tiada dalam alQuran mahupun hadis berkenaan tunang, melainakan nikah sahaja..asalkan cukup syarat sah Nikah itu, sudah memadai..

      Delete
    3. Ini dipanggil 'Nikah Khithbah' / 'Nikah Gantung'.
      Mengikut hukum Syara' maka sah pasangan tersebut sbgai suami isteri setelah cukup segala rukun nikah.

      Hakikatnya, SEMUA pengantin di Malaysia ni memang dh lama menggunakan proses Nikah Khithbah, cuma yelah, zaman skng ni Adat Melayu yg lg power dari Hukum Syara' sampai ramai yg tak tahu pasal Nikah Khithbah.

      Nikah khithbah ni adalah alternatif kepada nikah langsung di mana seorang lelaki ingin menikahi kekasihnya akan tetapi masih lagi berada di dalam kesempitan namun akhlaknya sudah diuji / diperkenan oleh bapa pengantin perempuan untuk menikahi mereka.

      Setelah settle nikah khitbah, maka sah pasangan tersebut sbgai suami isteri, halal bagi lelaki tu meniduri isterinya, NAMUN perempuan tersebut masih lagi di bawah tanggungan Ayahnya, bukan suaminya SEHINGGA suami bawak isteri MASUK & TINGGAL BERSAMA ke rumah yg mereka akan menetap bersama, barulah secara automatik tanggungjawab tanggungan isteri diserahkan sepenuhnya kpd suami, bukan lagi ayah perempuan tu.
      *so, normally, pengantin lelaki ni belum ada rumah sendiri. Sepanjang suami masih berasa dlm kesempitan dan belum ada rumah yg dia plan utk bawak isteri tinggal bersama, suami hanya boleh bersetubuh di mana2 rumah tumpangan / rumah sesiapa sahaja yg memberi keizinan mereka tidur sementara, asalkan bukan di rumah suami untuk kekalkan khithbah itu.

      Nafkah dlm Khitbah:
      -Suami perlu tanggung diri sendiri dan haram utk mengambil hak isteri.
      -Isteri masih lagi wajib ditanggung oleh ayahnya, bukan suami. Suami tidak wajib utk memberi nafkah zahir / batin kpd isterinya sehingga terbatalnya khithbah tersebut atas syarat rukun khitbah.

      Kebaikan:
      -DIJAUHI MAKSIAT / ZINA / FITNAH.
      -Membesarkan pintu rezeki, kerana itu janji Allah kepada mereka yg mendirikan rumah tangga melalui pernikahan.
      -dapat menjaga maruah keluarga daripada fitnah dan sangka buruk.
      -menyatukan 2 buah keluarga menjadi sebuah hubungan silaturahim komuniti Islam

      Keburukan:
      -Jualan produk2 kondom di 7Eleven akan jatuh merosot.
      -Syarikat Durex akan mengalami kerugian besar.
      -klinik2 swasta yg menyediakan pengkhidmatan menggugurkan janin akan hilang punca pendapatan utama dimana ia antara pendapatan yg pang menguntungkan (sebab penzina2 yg gugurkan janin ni mostly sgt terdesak, lalu klinik tu hentam lah charge yg mahal).
      -Pegawai JAIS akan lebih bergoyang kaki sebab takde keje.

      Mohon search youtube mengenai kaedah nikah khithbah ini.
      Saya bukan Ustaz yg pakar dlm bidang ni, tp ini knowledge yg saya tahu dan saya rasa SEMUA umat Islam di Malaysia PATUT TAHU juga.

      Yg salah mohon diperbetulkan, yg kurang mohon ditambahkan, yg tak jelas mohon jelaskan. Semoga setiap Muslim yg beriman mendapat manfaat daripada apa yg saya taip pepagi buta ni. Amin.

      Delete
    4. Bab analisis keburukan tu yang best tu..tp hukum syarak mesti di dahulukan.

      Delete
  3. MasyaAllah . Menarik .....sungguh menarik . Thumbs up to you & keluarga ! Semoga Allah bless your life.

    ReplyDelete
  4. Islam i2 mudah...barakallahulakuma

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah bagus ni..save bajet..kalo ikut mcm2 dah mcm filem industant nk malam berinailah hantaran lah sedangkan dlm islam sendiri lebih mudah...

    ReplyDelete
  6. pernikahan sah mengikut hukum syarak tetapi menyalahi undang undang negara..dinasihatkan kepada pasangan yang lain agar tidak mencontohi cara pernikahan sebegini.. sangat berisiko.

    sila ruj pej kadi sebelum pernikahan dilangsunghkan.

    ReplyDelete
  7. Inilah beza kita dengan Kristian Moden. Dia nak kahwin kena ada paderi. Tapi soalnya adakah paderi tu akan ambik tau kalau lelaki tu buat hal? Atau adakah bapa perempuan tu sendiri yang akan datang minta penjelasan. Paderi tu tentula nak lepas tangan. Tak pasal2 dia masuk campur. Beauty of Islam

    ReplyDelete
  8. Subhanallah, indahnya cara mereka disatukan, insyaAllah, akan terjadi padaku dan pasangan pilihan hatiku, suatu hari nanti, amiinn

    ReplyDelete
  9. Mana yg setuju tu marilah kita bentuk generasi bapa mertua seperti itu.Permudahkan urusan perkahwinan itu inn syaa Allah barokah

    ReplyDelete
  10. Ini dipanggil 'Nikah Khithbah' / 'Nikah Gantung'.
    Mengikut hukum Syara' maka sah pasangan tersebut sbgai suami isteri setelah cukup segala rukun nikah.

    Hakikatnya, SEMUA pengantin di Malaysia ni memang dh lama menggunakan proses Nikah Khithbah, cuma yelah, zaman skng ni Adat Melayu yg lg power dari Hukum Syara' sampai ramai yg tak tahu pasal Nikah Khithbah.

    Nikah khithbah ni adalah alternatif kepada nikah langsung di mana seorang lelaki ingin menikahi kekasihnya akan tetapi masih lagi berada di dalam kesempitan namun akhlaknya sudah diuji / diperkenan oleh bapa pengantin perempuan untuk menikahi mereka.

    Setelah settle nikah khitbah, maka sah pasangan tersebut sbgai suami isteri, halal bagi lelaki tu meniduri isterinya, NAMUN perempuan tersebut masih lagi di bawah tanggungan Ayahnya, bukan suaminya SEHINGGA suami bawak isteri MASUK & TINGGAL BERSAMA ke rumah yg mereka akan menetap bersama, barulah secara automatik tanggungjawab tanggungan isteri diserahkan sepenuhnya kpd suami, bukan lagi ayah perempuan tu.
    *so, normally, pengantin lelaki ni belum ada rumah sendiri. Sepanjang suami masih berasa dlm kesempitan dan belum ada rumah yg dia plan utk bawak isteri tinggal bersama, suami hanya boleh bersetubuh di mana2 rumah tumpangan / rumah sesiapa sahaja yg memberi keizinan mereka tidur sementara, asalkan bukan di rumah suami untuk kekalkan khithbah itu.

    Nafkah dlm Khitbah:
    -Suami perlu tanggung diri sendiri dan haram utk mengambil hak isteri.
    -Isteri masih lagi wajib ditanggung oleh ayahnya, bukan suami. Suami tidak wajib utk memberi nafkah zahir / batin kpd isterinya sehingga terbatalnya khithbah tersebut atas syarat rukun khitbah.

    Kebaikan:
    -DIJAUHI MAKSIAT / ZINA / FITNAH.
    -Membesarkan pintu rezeki, kerana itu janji Allah kepada mereka yg mendirikan rumah tangga melalui pernikahan.
    -dapat menjaga maruah keluarga daripada fitnah dan sangka buruk.
    -menyatukan 2 buah keluarga menjadi sebuah hubungan silaturahim komuniti Islam

    Keburukan:
    -Jualan produk2 kondom di 7Eleven akan jatuh merosot.
    -Syarikat Durex akan mengalami kerugian besar.
    -klinik2 swasta yg menyediakan pengkhidmatan menggugurkan janin akan hilang punca pendapatan utama dimana ia antara pendapatan yg pang menguntungkan (sebab penzina2 yg gugurkan janin ni mostly sgt terdesak, lalu klinik tu hentam lah charge yg mahal).
    -Pegawai JAIS akan lebih bergoyang kaki sebab takde keje.

    Mohon search youtube mengenai kaedah nikah khithbah ini.
    Saya bukan Ustaz yg pakar dlm bidang ni, tp ini knowledge yg saya tahu dan saya rasa SEMUA umat Islam di Malaysia PATUT TAHU juga.

    Yg salah mohon diperbetulkan, yg kurang mohon ditambahkan, yg tak jelas mohon jelaskan. Semoga setiap Muslim yg beriman mendapat manfaat daripada apa yg saya taip pepagi buta ni. Amin.

    ReplyDelete
  11. Pelaburan ASB adalah yg terbaik utk bumiputera.. Hubungi sy Atan Fasrul utk keterangan lanjut di talian 012.2839432 call/sms /watsapp utk pertanyaan & temujanji

    ReplyDelete
  12. Tiptop..dpt ayh mertua mcm ni brntung..sme2 la jge hati msing2..

    ReplyDelete
  13. Saya membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 1 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut (tidak perlu pengesahan pej Konsul).
    Sekiranya berminat JGN MALU JGN SEGAN, sila GOOGLE ke LINK ini :-
    kahwindithailandnarathiwat.blogspot.com ATAU 010-797 3044

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum

    terima kasih admin atas penulisan yang positif :)

    ReplyDelete