Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Filipina yang kehilangan tiga rakyatnya dalam tragedi MH17, akan mengibarkan bendera negara itu separuh tiang esok di kedutaannya di sini, bagi memberi penghormatan kepada penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Ini adalah selaras dengan perpaduan dan bagi menghormati Hari Perkabungan Negara yang diisytiharkan kerajaan Malaysia, menurut kedutaan itu dalam kenyataan kepada Bernama.

“Kami bersama-sama kerajaan dan rakyat Malaysia memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban dalam penerbangan tersebut, dan kami juga memperingati tiga warga Filipina yang terkorban dalam nahas berkenaan,” kata kenyataan itu.

Rakyat Filipina Irene Pabellon-Gunawan dan dua anaknya, Darryl Dwight dan Sherryl Shania, dalam perjalanan ke Filipina melalui Kuala Lumpur untuk perjumpaan keluarga.

“Pegawai dan kakitangan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur serta selaku jiran dan saudara dalam Asean, menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, terutama kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH17,” kata kedutaan itu.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Selain rakyat Malaysia dan Filipina, ia turut mengorbankan warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Kanada dan New Zealand. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment