Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

IPOH – Kes demam denggi di negeri Perak meningkat 217 peratus atau 2,506 kes bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berbanding
tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata sebanyak 3,657 kes denggi dilapor bagi tempoh itu berbanding 1,151 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Sehingga 23 Ogos lepas lapan kematian dicatatkan, manakala tiada kematian dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya ketika menjawab soalan A.
Sivanesan (DAP-Sungkai) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata 1,683 kompaun dikeluarkan berhubung pembiakan Aedes dan 11 daripadanya dikenakan tindakan mahkamah.

“Kawasan yang dipercayai merupakan hotspot denggi adalah tempat pembuangan sampah iaitu 29.8 dan premis kosong yang terbiar 19.9 peratus,” katanya.

Dr Mah berkata jawatankuasa khas ditubuhkan di peringkat negeri untuk menggerakkan agensi dan masyarakat awam dalam menjalankan pencegahan dan kawalan denggi pada setiap minggu sehingga Oktober ini.

“Jawatankuasa ini dipengerusikan saya sendiri, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dianggotai Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Sukarelawan Malaysia, Lembaga Air Perak, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Penerangan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata tempoh maklum balas yang
ditetapkan Lembaga Air Perak (LAP) berhubung aduan kebocoran paip atau kerosakan diterima melalui saluran pihak ketiga adalah dalam tempoh lima hari bekerja.

“Saluran pihak ketiga itu melibatkan Pejabat Menteri Besar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pejabat Setiausaha Negeri Perak dan Biro
Pengaduan Awam,” katanya ketika menjawab soalan Leong Cheok Seng (DAP-Malim Nawar).

Bagaimanapun, tempoh maklum balas akan dilakukan secara serta-merta bagi aduan kebocoran paip yang diterima terus daripada pelanggan kepada LAP.

Zainol berkata bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun ini, sebanyak 9,411 aduan diterima berhubung tempoh maklum balas memperbaiki paip bocor atau kerosakan pada paip dan kesemuanya berjaya diselesaikan dalam tempoh itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment