Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 4, 2014

No Comment

DUNGUN – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Durian Mentangau berhampiran Kampung Delong di sini hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu menyebabkan mangsa Hasnam Daud, 38, yang bekerja sebagai pemasang besi perancah, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, ketika kejadian mangsa dari arah Kampung Padang Pulut dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Paka.

Katanya, insiden itu dipercayai berlaku setelah SUV jenis Mazda CX5 yang dipandu seorang lelaki yang berusia 32 tahun memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu mangsa.

“Susulan kejadian itu, mangsa tersepit di tempat duduknya dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada sebelum disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Enam anggota bomba daripada Balai Bomba Dungun dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat manakala pemandu SUV terbabit hanya cedera ringan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment