Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – PAS hari ini memutuskan menyiasat dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) yang sebelum ini menyatakan sokongan terbuka kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti itu di sini, tengahari tadi.

Ditanya bentuk hukuman yang bakal dikenakan, beliau berkata ia masih dalam pertimbangan siasatan oleh lembaga disiplin parti.

Kertas siasatan terhadap dua ADUN berkenaan, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin juga sudah diserahkan kepada kepemimpinan PAS Pusat kelmarin oleh PAS Selangor.

PAS Selangor pada Khamis lalu memberi tempoh 24 jam kepada Saari yang juga ADUN Hulu Kelang serta Hasnul yang juga ADUN Morib, menarik balik pendirian berhubung tindakan dilakukan itu yang dianggap ‘mendahului dan membelakangkan’ keputusan parti.

Namun, sehingga kini, dua ADUN berkenaan dilaporkan masih kekal dengan pendirian asal, namun seakan ‘disembunyikan’ dan diarah ‘senyap’ daripada membuat sebarang kenyataan kepada media.

Saari dan Hasnul yang ditemui pada sidang media bersama Presiden PKR itu sebelum ini, mengakui tidak merujuk pucuk pimpinan PAS dalam membuat keputusan menyokong Dr Wan Azizah, dan sedia berhadapan tindakan dibuang parti atau sebarang tindakan disiplin. - BH Online

0 comments:

Post a Comment