Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 5, 2014

No Comment
James Brady
WASHINGTON: Bekas setiausaha akhbar White House, James Brady, yang ditembak dan cedera dalam cubaan pembunuhan Presiden Ronald Reagan pada 1981, meninggal dunia semalam.

Brady, 73, adalah antara empat orang yang terkena tembakan dan mengalami kecederaan, termasuk Reagan sendiri apabila John Hinckley Jr. melakukan cubaan untuk membunuh presiden berkenaan di pekarangan luar hotel Hilton Washington pada 30 Mac, 1981, selepas 69 hari beliau memegang jawatan.

Kecederaan teruk di kepala menyebabkan Brady lumpuh separuh badan dan kecacatan pertuturan. Walaupun tidak boleh bekerja lagi, Brady dikekalkan dengan jawatannya pada sepanjang tempoh pentadbiran Reagan.

Dalam kenyataan kepada media, keluarga Brady berkata mereka bangga dengan apa yang dilakukannya ketika berkhidmat dengan presiden Amerika Syarikat itu. - AFP 

0 comments:

Post a Comment