Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014


SHAH ALAM - Tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memotong kad kreditnya yang menggunakan akaun HSBC kelmarin, sebagai protes telah disabotaj pihak tidak bertanggungjawab.

Ismail Sabri adalah menteri pertama yang menyatakan bantahan secara terbuka terhadap bank berkenaan yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin baru-baru ini.

Dalam entry terbaharu Facebooknya semalam, Ismail berkata, ada pihak cuba kelirukan tarikh luput kadnya pada 03/14, sedangkan kad berkenaan akan tamat pada 03/16.

Beliau juga menerangkan penyebaran gambar super impose beliau menggunakan kepala surat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak benar, sedangkan beliau menggunakan surat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Beza dengan kementerian...kementerian pertanian..bagi surat rasmi libatkan kementerian..," katanya.

Kelmarin, beliau memuat naik gambar menggunting kad kredit HSBC berserta surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif HSBC di laman Instagramnya, ismailsabri60 yang menyatakan beliau membatalkan serta merta penggunaan kad berkenaan sebagai protes tindakan bank itu.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment