Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 17, 2014

No Comment


JOHOR BAHARU: Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 3-1 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam ini.

JDT mara ke separuh separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama.

JDT akan menentang Felda United pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 20 Okt ini diiikuti perlawanan separuh akhir kedua di sini, pada 25 Okt ini.

Pada perlawanan malam ini, pemain kebangsaan, Safiq Rahim muncul wira pasukan JDT apabila menjaringkan dua gol manakala satu gol daripada pemain import, Luciano Gabriel Figueroa.

JDT memulakan aksi dengan rentak agresif apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu.

Namun, jaringan pertama skuad Harimau Selatan hadir pada minit ke-15 selepas Mohd Nazrin Mohd Nawi membuat hantaran lintang sebelum Safiq menanduk masuk, menewaskan penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee.

Figueroa menambah jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-21 selepas menerima hantaran cantik Mohd Amri Yahyah.

Bagaimanapun, skuad Penyu bangkit pada separuh masa kedua dengan persembahan lebih bertenaga serta melakukan beberapa gerakan menarik.

Akibat kecuaian benteng pertahanan JDT, skuad bimbingan Abd Rahman Ibrahim akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-60 hasil gerakan solo Mohd Ashari Samsudin.

Bagaimanapun, Safiq mengesahkan laluan JDT ke separuh akhir dengan jaringan pada minit ke-74, hasil hantaran Mohd Amri. - Astro Awani

0 comments:

Post a Comment