Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

KUANTAN – Lelaki dipercayai ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat, 47, ditahan polis di Tangkak, Johor, dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisoner Mohd Zakaria Ahmad berkata, turut ditahan dalam serbuan itu dua lagi pengikut yang dipercayai anak dan isterinya.

Katanya, ketiga-tiga mereka mempunyai waran tangkap dan dikehendaki Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kes ajaran sesat selain dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment